Lagu Kesukaan Saya

Friday, 25 April 2014

Selagi daya ku menulis

Selagi dayaku akan ku menulis
walaupun pada akhirnya
tulisanku ini kan kembali tenang
kerana itu saja caraku meluahkan apa yang kurasa
disaat aku sebegini selagi mampuku
akan ku mengarang
apa saja yang terlintas dihati dan fikiran
kerana itu adalah langkah paling selamat
dari berbicara hingga menggugut perasaan
selagi ku percaya akan ku menulis
dengan nada yang sederhana
ataupun dengan nada yang besar
tak kira apapun yang ku rasa
ikhlas ku katakan tiap tulisanku ini 
mengundang rasa hati yang damai
membuatkan aku kembali tenang
disaat sang malam mencuri siangku
selagi aku bernafas kan ku menulis
mengikut edaran waktu didalam suka ataupun duka
aku kan tetap memainkan jemariku
walaupun satu tika nanti tulisanku kan terhenti
pabila mataku terpejam erat tubuhku kaku keras
dan saat itu teman doakanlah aku 
beradu dalam tenang yang berpanjangan

Wednesday, 12 March 2014

Monday, 10 March 2014

Dua Kalimat

Teruskan berdoa perlindungan allah kepada penumpang pesawat MH 370..Pada masa yang sama mohon keselamatan dan perlindungan bagi diri kita,keluarga kita,saudara kita umat islam seluruh dunia..amin

Tuesday, 4 March 2014

Dunia tidak seindah di sangka

Coretanku....

Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.

Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?

Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.

Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.