Lawak Cikgu tadika
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Cinta. Dia pun berfikir
bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya
wujudnya Cinta. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal…
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak
cikgu.
Guru tadika : Pen ada
kan?
Murid-murid : Ada
cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan
kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak
nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada
tak?
Murid-murid : tak ada
cikgu.
Guru tadika :
Anak-anak nampak Cinta tak?
Murid-murid : tak
nampak cikgu.
Guru tadika : Cinta
ada tak?
Murid-murid : tak ada
cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak
itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang
pintar yang bernama Amin lalu dia pun
mengangkat tangan…
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika :
Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan
nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan
nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak
nampak.
Amin : cikgu ada otak
tak?
Murid-murid : tak
ada.
Ps:hehehe :) jangan mare ...Peace
No comments:
Post a Comment