Liverpool perlukan ramai pemain berpengalaman
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengakui pasukannya perlukan lebih ramai pemain yang berpengalaman.
Pasukan Rodgers telah menunjukkan prestasi yang tidak konsisten musim ini, dengan berjaya meragut hanya 31 mata daripada 22 perlawanan dan kini berada di tangga ke-8 di liga.
Sebelum musim ini bermula, ramai yang menjangkakan Liverpool akan bersaing untuk empat tempat teratas di liga, tetapi dengan pasukan di tangga ke-4, Tottenham Hotspur, kini sembilan mata di hadapan mereka, peluang pasukan Anfield itu untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan kelihatan agak tipis.
Rodgers merasakan kekurangan pemain-pemain yang berpengalaman dalam pasukannya adalah penyebab utama mengapa Liverpool telah menunjukkan prestasi yang tidak konsisten musim ini. Beliau berkata penyerang Manchester United, Robin van Persie adalah satu contoh bagaimana seorang pemain berpengalaman boleh membantu pasukan.
"Jika anda bertanya mana-mana pengurus, mereka akan sering mencari seorang pemain muda yang berpotensi," Rodgers berkata.
"Tetapi anda juga perlukan pengalaman.
"Lihat (Robin) van Persie sebagai contoh.
"Jika anda menandatangani beliau di umur 29 tahun, sudah tentu beliau akan memberikan lebih semangat kepada Ryan Giggs, Rio Ferdinand dan Paul Scholes. Beliau juga akan membantu pemain-pemain yang muda.
"Jika kami menandatangani seorang pemain yang berpengalaman dan berkualiti, sudah tentu ia akan memberangsangkan Steven Gerrard. Beliau juga akan membantu Luis Suarez, Daniel Agger dan pemain-pemain muda yang lain.
"Itu yang penting, jika anda mahu bersaing untuk sentiasa menang, anda perlukan kombinasi pemain-pemain muda dan juga pemain-pemain yang berpengalaman."
No comments:
Post a Comment