Lagu Kesukaan Saya

Monday, 21 January 2013

Seniman Mahu Patrick Teoh Diambil Tindakan

 
 Seniman Mahu Patrick Teoh Diambil Tindakan
Persatuan Seniman telah membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pelakon, Patrick Teoh yang telah mengguris umat Islam menerusi satu kenyataan di laman sosial awal minggu lalu.
 
Presidennya, Zed Zaidi berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Taman Melawati sebagai tindak balas terhadap tindakan ahlinya itu.
 
"Kami mahu pihak polis menyiasat kerana kenyataannya itu melibatkan sensitiviti Islam.
 
"Jadi, kami mendesak polis ambil tindakan terhadap dia (Teoh) supaya tidak berlaku lagi (kejadian yang sama)," katanya kepada Sinar Harian Online.
 
Zed juga mendedahkan Teoh sudah empat tahun tidak aktif sebagai ahli Seniman.
 
"Dia pun tidak memperbaharui keahliannya sejak 2008. Jadi, selama ini dia (berlakon) tak sah.
 
"Kami akan bincang dengan Jawatankuasa Seniman tentang keahliannya (sama ada akan dilucutkan keahlian atau tidak). Mereka yang akan tentukan, bukan saya," katanya ringkas.

No comments:

Post a Comment