Lagu Kesukaan Saya

Sunday, 20 January 2013

Tok Gajah tumpas kepada Red Giants



Tok Gajah tumpas kepada Red Giants
Selangor berjaya mengutip tiga mata penuh selepas berjaya menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam pada Sabtu malam.
Data Penting Liga Super 2013

Ramzul Zahini menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Selangor pada minit ke-80 selepas Razman menjaringkan gol penyamaan 2-2 sebelum waktu rehat.
Amri Yahyah membuka jaringan awal untuk pasukan tuan rumah seawal minit ke-3 dan telah meletakkan Selangor 2-0 di hadapan pada minit ke-20.
Pasukan Tok Gajah walaubagaimanapun berjaya bangkit apabila Fauzi Roslan menjaringkan gol pertama Pahang empat minit selepas gol kedua oleh Amri.
Beberapa minit sebelum separuh masa tamat, Razman menyumbat gol penyamaan untuk pasukan pelawat.
Pahang tidak berjaya menambah jaringan walaupun aksi baik dipersembahkan di Stadium Shah Alam dengan Amirulhadi, bekas pemain Selangor mendapat pujian.
Ramzul Zahini akhirnya menjaringkan gol kemenangan untuk Selangor pada minit ke-80.
Di Stadium Paroi, Seremban pula menyaksikan Negeri Sembilan tewas 1-0 kepada Perak pada masa penamat.
Skuad Jang masih gagal menjaringkan sebarang gol selepas empat perlawanan Liga Super dan kini duduk di tempat tercorot dalam liga.
Aksi hambar Negeri Sembilan dan Perak itu hanya menyaksikan jaringan tunggal oleh Failee yang mengutip tiga mata untuk Perak pada masa tambahan.
Sementara itu, nasib juga tidak menyebelahi Terengganu apabila tewas 2-1 kepada LIONSXII di Stadium Jalan Besar.
Skuad Penyu telah mendahului 1-0 pada babak pertama perlawanan hasil tandukan Effa Owona. Namun, LIONSXII bangkit pada separuh masa kedua dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 hasil jaringan Safuwan Baharudin.
Aksi di Singapura itu ternyata berpihak kepada tuan rumah apabila pemain muda, Syafiq Zainal menjaringkan gol kemenangan untuk LIONSXII pada minit ke-75.

No comments:

Post a Comment