Lagu Kesukaan Saya

Monday, 25 February 2013

Jatuh Cinta

 
Assalamualaikum w.b.t 
Apa khabar sahabat2 dan pembaca blog saya diharap semuanya dalam keadaan sihat dan ceria dalam perlindungan dan keredhaan allah s.w.t.hari ini saya membawakan topik Jatuh cinta..
  
Jatuh cinta. Memang hangat. Saya akui kerana saya pernah lalui. Kadangkala sukar untuk kita berfikiran waras ketika mengharunginya. Kita lebih suka mengikut jiwa dan perasaan, berbanding akal yang dikurniakan olehNya.



Namun alhamdulillah, satu perkara yang saya syukuri dalam kehidupan saya adalah proses dakwah dan tarbiyah yang berjalan.



Hari ini, begitu juga dengan hari-hari semalam, dan tidak saya terkejut jika hari-hari ke hadapan, remaja dan pemuda-pemudi teruja dengan cinta. Asyik.  Mainan perasaan menjadikan diri ketagih akan perhatian insan yang didambakan. Kadangkala sibuk kita dengan 1001 ciri perempuan lelaki idaman, buat diri sibuk bertanya: “Diakah jodoh aku? Diakah jodoh aku?” Hingga segala kebetulan seakan-akan merupakan ‘petanda daripada Tuhan’.
 Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’ sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah. Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang
insyaallah semoga kita semua sentiasa diberi petujuk daripada allah..s.w.t.
Bahagia dunia dan akhirat.. Amin

No comments:

Post a Comment