Lelaki ditahan bantu siasatan kes culik, kereta dibakar
KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pemilik kelab hiburan yang masih hilang, dipercayai diculik, dan keretanya dibakar 2 Februari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada 4 petang Ahad lepas, di kawasan Brickfields.
"Suspek ditahan direman sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau berkata, kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan dan gangsterisme.
"Sehingga kini tiada sebarang wang tebusan yang dituntut dan kami juga percaya suspek yang ditahan adalah orang yang mungkin dikenali mangsa,” katanya
No comments:
Post a Comment