Lagu Kesukaan Saya

Tuesday, 21 May 2013

Penyesalan



Assalamualaikum..w.b.t kepada semua sahabat dan pelawat blog bertautkembalirindu.semoga dalam keadaan sihat & ceria dalam perlindungan yang maha esa..Hari ini saya ingin berkongsi tentang tajuk penyesalan

 Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi) 

Firman Allah swt: Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada perintah Allah serta taat kapada perintah Rasul Allah". (Al-Ahzaab 66)

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (menyesal) sambil berkata : "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar?". (Al-Furqaan 27)

Kesudahan bagi golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia) "supaya aku dapat mengerjakan amal-amal soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". (Al-Mu'minun 99)

“Dan sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin.” (as Sajadah: 12)

”Dan mereka berkata: ‘Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala’.”(Al-Mulk: 10).


Moga ada manfaat.

No comments:

Post a Comment