Resah dan gundah
Assalamualaikum..w.b.t
selamat pagi sahabat2 dan pelawat blog bertautkembalirindu semoga sihat dan cerira selalu
dalam perlindungan allah :). Sedikit perkongsian hari ini...Hati kita
sering resah dan gundah gelana yang sering membuatkan diri kita
kadang-kadang murung dan sedih. Apakah sebenarnya yang membuatkan hati
kita gelisah? Mungkin kita akan memberi alasan banyak kerja belum siap,
rakan-rakan kacau kita, duit perbelanjaan tidak cukup dan macam-macam
lagi alasan yang akan membuatkan kita terus-berterusan ditimpa masalah.
Sampai ada pepatah "sudah jatuh ditimpa tangga", kalau diikutkan
peribahasa ini memang malang betul la orang yang jatuh itu. Sudahlah
sakit sebab jatuh lepas tu kena timpa tangga pula. Kalau tangga ringan
tak apa la juga. Kalau berat? Tak ke nahas orang tu. Bukan niat nak
bahas mengenai peribahasa itu tapi nak bahas sedikit pesanan ulama yang
tersohor di muka bumi Allah ini iaitu pesanan Imam Ghazali.
Imam Ghazali telah menggariskan tiga perkara untuk mendapat semula ketenangan hati.
Membaca Al-Quran
Perbanyakkan ibadah solat
Tafakkur mengingati mati.
Di sini kita dapat melihat ketiga-tiga perkara ini sebenarnya perkara
yang buatkan kita taqarrub(dekatkan) diri dengan Allah SWT. Di sini kita
boleh lihat yang sebenarnya kekayaan dunia, kecantikan isteri dan
kedudukan yang mulia di dunia ini tidak akan menjamin kebahagiaan hidup
di dunia dan semestinya tidak jamin kebahagiaan di akhirat kelak. Kita
tidak layak untuk mendabik dada dan mengatakan segala kejayaan ini
adalah hasil usaha aku semata-mata kerana di sebalik usaha kita ada
kurniaan rezeki tuhan yang telah menciptakan kita. Jika kita berjaya
kita perlu bersyukur atas nikmat yang dikurniakan dan jika kita menempah
kegagalan juga kita sepatutnya tidak berpatah hati kerana kita yakin
segala yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita perlu ingat yang Allah SWT
tidak menilai hasil yang kita dapat sebaliknya usaha yang kita telah
lakukan seperti ibadah membaca Al-Quran. Sesiapa yang lancar baca
Al-Quran itu akan mendapat satu pahala dan orang yang tidak lancar baca
Al-Quran akan mendapat dua kali pahala. Tapi jangan pula jadikan ini
sebagai hujah sampai gigi dah nak luruh pun cakap dapat dua pahala. Ni
dah masuk kes bodoh sombong sebab dah tahu tapi masih tak nak belajar.
:)
Kesimpulan yang boleh kita ambil dari sini adalah kita
haruslah berusaha mendekatkan diri dengan Allah kerana kunci kebahagiaan
adalah hanyalah Allah yang berkuasa untuk memberi kita kebahagiaan.
Semoga kita semua mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah SWT.
No comments:
Post a Comment